NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION
ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
The Personal Data
Protection Act 2010 (the "Act"), which regulates the processing of personal
data in commercial transactions, applies to GS1 Malaysia Berhad ("our", "us" or "we"). For the purpose of this written notice ("Notice"),
the terms "personal data" and "processing" shall have the same meaning as
prescribed in the Act.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta" tersebut)
yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial,
terpakai kepada GS1 Malaysia Berhad ("kami"). Untuk tujuan notis bertulis ini ("Notis"),
terma-terma "data peribadi" dan "pemprosesan" mempunyai maksud yang sama
seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.
1.
This Notice serves to inform you that your
personal data is being processed by us or on our behalf when you access our
website at https://www.gs1my.org/
("Website") and/or download and use
our mobile application software ("App") OR submit any information, forms or
enquiries to us and you hereby give your consent to the processing of your
personal data.
Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa
data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda mengakses
laman web kami di https://www.gs1my.org/
("Laman Web") dan/atau [memuat turun dan menggunakan
aplikasi telefon bimbit kami ("App"]) [mengemukakan sebarang maklumat, borang
atau pertanyaan kepada kami] dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda
bagi pemprosesan data peribadi anda.
2.
Your personal data includes your name, date
of birth, company name, e-mail address, address, contact number, credit card
details, bank account number and all other personal data we collect from you from
time to time.
Data peribadi anda termasuk nama anda, tarikh lahir, nama syarikat anda,
alamat e-mel anda, alamatanda, nombor hubungan anda, butir-butir kad kredit,
nombor akaun bank dan semua data peribadi lain kami kumpul daripada anda dari
masa ke semasa.
3.
Your personal data is being or is to be
collected and further processed for:
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya
untuk:
(a)
performing our pre-contractual and
contractual obligation with you (or your company, if applicable);
melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda (atau syarikat
anda, jika berkenaan);
(b)
provide you with the services and information
offered through our Website and/or App);
memberikan anda perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan di dalam Laman Web dan/atau App;
(c)
providing our services to you (or your
company, if applicable);
memberikan perkhidmatan kami kepada anda (atau syarikat anda, jika
berkenaan);
(d)
communicating with you;
berhubung dengan anda;
(e)
responding to your inquiries and resolving disputes;
menjawab pertanyaan anda dan menyelesaikan pertikaian;
(f)
conducting internal activities;
menjalankan kegiatan dalaman;
(g)
market surveys and trend analysis;
tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
(h)
improving our services, content and
advertising in the Website and/or App;
meningkatkan perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan di dalam Laman Web dan/atau App;
(i) providing
you (or your company, if applicable) with information on our services, promotional offers and of our related corporations and business partners;
memberikan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) maklumat tentang perkhidmatan
kami, tawaran promosi dan perbadanan-perbadanan berkaitan kami dan rakan
perniagaan kami;
(j)
conducting other legitimate business
activities;
menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan sah lain;
(k)
complying with any legal or regulatory requirements;
and
memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia; dan
(l)
such other purposes directly related to the
foregoing.
maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di
atas.
(collectively,
the "Purposes").
(secara kolektif, "Maksud-maksud" tersebut).
4.
Your personal data may be collected from: (i)
any forms or enquiries submitted by you to us, (ii) when you contact us and/or
(iii) from any other information that you may provide us from time to time.
Data peribadi akan dikumpulkan daripada (i) sebarang borang atau
pertanyaan yang dikemukakan oleh anda kepada kami, (ii) apabila anda hubungi
kami dan / atau (iii) dari maklumat lain yang anda memberikan kepada kami dari
masa ke semasa.
5.
You have the right
to request access to and to request correction of your personal data and to
contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including
the possible choices
and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not
begin processing your personal data for purposes of direct marketing)
from:
Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data
peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan
berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang
mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk
memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan
pemasaran langsung) daripada:
Designation: Perjawatan: |
|
Telephone No.: No. Telefon: |
|
Fax No: No. Fax: |
|
E-mail address: Alamat E-mel: |
|
6.
Subject to
provisions of the Act:
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:
(a)
you may, upon payment of a prescribed fee,
make a data access request in writing to us; and
Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan
mengakses data secara bertulis kepada kami; dan
(b)
we may refuse to comply with a data access
request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform
you of our refusal and the reasons of our refusal.
Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan
pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda
mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
7.
We disclose or may disclose your personal
data to our related corporations, business partners, service providers
including but not limited to our financial and professional advisors, banks, governmental
departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies and any such
third party requested or authorized by you for the Purposes.
Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan
berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami
termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat kewangan atau profesional kami,
bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau
berkanun dan dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda
untuk Maksud-maksud tersebut.
8.
We may require your assistance if the
personal data relating to other persons is required to process your personal
data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist
us when required.
Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan
dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud
tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda
untuk membantu kami bila dikehendaki.
9.
It is obligatory that you supply us the
details marked with asterisk (*) in our forms, Website or App (collectively, "compulsory
personal data"). If you fail to supply
us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data
for any of the Purposes and/or result in us being unable to provide you with
the services and/or products requested.
Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda
asterisk (*) dalam borang, Laman Web atau App kami (secara kolektif, "data
peribadi wajib"). Jika anda gagal untuk
memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses
data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan
kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.
10.
We may transfer your personal data to a place
outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.
Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar
Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan
tersebut.
11.
You are responsible for ensuring that the information
you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan
kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
12.
In the event of
any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version
of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia
version.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi bahasa Inggeris
dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi
Bahasa Malaysia.